Hemaglobin
Pengikat Oksigen
Manusia
merupakan makhluk aerobic, ertinya manusia memerlukan oksigen dari udara untuk
menghasilkan tenaga dalam tubuhnya. Oksigen ditangkap oleh darah untuk
diedarkan ke seluruh tubuh. Untuk itu, darah dalam tubuh juga harus
cukup untuk menyeimbangkan memenuhi oksigen. Bila tubuh kekurangan darah,
bererti tubuhpun kekurangan oksigen.
Dalam darah
terdapat protein hemoglobin yang berfungsi untuk mengikat oksigen dan
membawanya ke seluruh tubuh. Hemoglobin merupakan protein darah yang
berfungsi sebagai lori pengangkut di mana oksigen adalah muatannya.
"Jadi kalau hemoglobinnya cukup, lori pengangkut cukup, dalam melakukan
pekerjaan mungkin kita tidak ada masalah dengan fizikal. Tetapi kalau
hemoglobinnya kurang (anemia), mungkin ketika berlari sebentar sudah pengsan,
"
Mengapa
orang-orang yang tinggal di daerah yang tinggi jauh di atas paras laut boleh
hidup sihat? Padahal semakin tinggi suatu tempat maka oksigennya akan
semakin "tipis". Oksigen akan lebih banyak terdapat di
ketinggian yang berhampiran dengan atas permukaan laut. Satu kajian
mendedahkan, orang-orang yang hidup di kawasan yang tinggi mempunyai hemoglobin
yang lebih tinggi berbanding orang-orang yang tinggal di daerah rendah.
Kerjasama
Jantung dan Paru-paru
Proses
pernafasan sangat penting untuk melangsungkan hidup manusia. Oksigen masuk ke
dalam tubuh bermula dari pernafasan. Proses ini yang membolehkan tubuh menyerap
oksigen dan mengeluarkan Karbon dioksida.
Paru-paru mirip span yang terdiri daripada berjuta-juta gelembung kecil
yang disebut alveoli (beg udara). Dinding gelembung yang tipis ini terdiri
daripada pembuluh-pembuluh darah. Disinilah berlaku pertukaran karbon dioksida
dan oksigen. Alveoli membuat darah bersinggungan dengan udara yang kita sedut sehingga
oksigen boleh masuk kealiran darah dan karbon dioksida boleh keluar untuk
dibuang pada saat kita melepas nafas.
Agar oksigen
sampai ke tisu badan, jantung mengepam darah yang mengangkut oksigen dan
kemudian oksigen dialirkan melalui sistem kardiovaskular (sistem pembuluh
darah). Menurut Prof. Dr. Nukman Muluk, Sp. And, Guru Besar Andrologi dan
Biologi Perubatan FKUI, jantung mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari
seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen
dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yang
kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke rangkaian di seluruh tubuh.
Darah kotor
yang telah kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida akan mengalir
ke jantung melalui 2 vena besar (vena cava) menuju ke dalam atrium (serambi)
kana,. Kemudian atrium kanan yang telah terisi darah akan mendorong darah ke
dalam ventrikel (bilik) kanan. Dari sana, darah dipam ke paru-paru melalui
injap pulmoner ke dalam arteri pulmonari.
Didalam
paru-paru, darah akan mengalir melalui saluran yang sangat kecil (kapilari)
untuk menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang kaya dengan
oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri, kemudian
didorong ke dalam ventrikael kiri. Selanjutnya darah yang kaya dengan oksigen
ini dipompakan melalui aorta, arteri terbesar dalam tubuh.
Bahan Bakar
Tubuh
Gambaran
keperluan tubuh terhadap oksigen tampak jelas ketika bersenam. Selesai
bersenam, anda pasti merasa penat, otot-otot lemas, denyut nadi juga lebih
cepat, tekanan darah naik, dan pernafasan termengah-mengah. Mengapa demikian?
Menurut Dr. Hario, itu adalah reaksi badan supaya aliran darah dan oksigen
tetap dipenuhi. "Kalau anda sedang bersenam dan oksigennya kurang, bererti
otot kita tidak boleh bekerja dengan maksimum, akhirnya orang itu lemas dan
kalau pada saat itu juga oksigen tidak mencapai ke otak akhirnya orang boleh
pengsan," ujarnya.
Oksigen masuk
ke dalam sel-sel tubuh sehingga terjadi proses pembakaran terhadap sari makanan
yang kita cerna. Hasilnya berupa Adenosin trifosfat (ATP).Jika tubuh
memerlukan tenaga, sebuah fosfat akan dilepaskan sehingga menjadi adenosine
difosfat (ADP), begitu seterusnya.
Ada beberapa
sistem tenaga yang memerlukan oksigen, ada pula sistem tenaga yang tidak
memerlukan oksigen. Sumber tenaga bagi aktiviti jangka pendek, yang tidak
memerlukan oksigen, diambil dari ATP yang ada. Jika tubuh memerlukan tenaga
lagi, maka cadangan karbohidrat dalam otot dan hati yang disebut glikogen akan
dihuraikan kembali menjadi glukosa dan diubah menjadi ATP sehingga boleh
menghasilkan tenaga. Tubuh akan letih jika glikogen berkurang.
Aktiviti yang
berlangsung lama jelas memerlukan oksigen yang banyak, contohnya lari marathon,
perlumbaan basikal jarak jauh, atau bola sepak. Untuk keperluan tenaganya,
oksigen akan digunakan untuk menghuraikan asid lemak rantai panjang, protein
dan glukosa untuk menghasilkan tenaga. Sistem ini disebut sistem tenaga
oksidatif.
Tentu saja,
kerja oksigen menghasilkan tenaga ini mendapatkan bantuan paru-paru dan
jantung.
Seorang pelari
boleh berlari selama 2 atau 3 jam terus-menerus, menunjukkan paru-paru dan
jantungnya kuat sekali, boleh mengambil oksigen dan mengaedarkannya ke seluruh
tubuh secara terus-menerus.
Itulah sebabnya agar selalu sihat dan bertenaga, kita harus melatih
kemampuan aerobic dengan bersenam, bukan hanya mengambil makanan yang
berkhasiat dan mengelakkan stress.
0 comments:
Post a Comment