• Adave Oxygen Concentrator

  • Adave Oxygen Concentrator

  • Adave Oxygen Concentrator

Latest Posts

Friday, 21 November 2014

TERAPI OKSIGEN UNTUK MENGATASI PENGENTALAN & PENYUMBATAN PEMBULUH DARAH

Darah adalah cairan yang sangat penting. Darah anda menentukan hidup anda. Itulah mengapa untuk mengukur keadaan sakit sihatnya seseorang, anda seringkali diminta untuk periksa darah.Tubuh kita dapat terhindar dari berbagai penyakit kronik atau infeksi bila darah kita dalam keadaan normal.

Didalam analisa sel darah, darah dikatakan normal bila partikel Sel darah merah berbentuk bulat-bulat, berdiri sendiri, dengan ukuran yang sama satu dengan yang lainnya. Sel darah seperti ini mampu mengalirkan nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh dan mengeluarkan sampah tubuh secara optimum.


Contoh gambar darah yang normal (pengamatan live blood analysis)
Jadi bagaimana darah kita menggumpal,sel darah merah saling berikatan satu sama lain, yang terjadi adalah darah sebagai alat distribusi atau tranportasi menjadi terganggu. Apalagi kalau darah dipenuhi dengan penggumpalan trombosit yang menyebabkan pengentalan darah.

Contoh gambar darah yang tidak sihat, sel darah merah menggumpal, bertumpukan satu sama lain, agregasi tromboit, kolesterol, liver stress
Pengentalan darah & penyumbatan pembuluh darah dapat menyebabkan kematian jaringan & organ, gagal ginjal, tekanan darah tinggi, serangan jantung & stroke.
Gejala yang dapat ditimbulkan antara lain sering kesemutan, sakit kepala,pusing, migrain, kram, hilang keseimbangan, mudah lupa, pegal-pegal,leher kaku, keguguran berulang pada wanita hamil, preeklamsia, dll.
Penyebab keadaan tersebut beragam diantaranya kerana pola makan yang salah (tinggi lemak,tidak variatif, tinggi gula), aktiviti fizik yang rendah hingga ke masalah lingkungan (polusi udara berperanan penting).
Terapi Oksigen adalah terapi yang diyakini mampu membantu mengatasi penggumpalan darah atau penyumbatan pembuluh darah. :


Penggunaan rutin Terapi Oksigen dapat memisahkan penggumpalan sel darah merah , memperbaiki struktur membran sel darah merah yang telah dirosak oleh radikal bebas Penggunaan rutin Terapi Oksigen dapat memisahkan penggumpalan sel darah merah sehingga distribusi oksigen, nutrisi dan pengeluaran sampah tubuh menjadi lebih optimum


FAEDAH TERAPI OKSIGEN JANGKA PANJANG.




JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan  (bronchitis)  dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
 Demam panas
 Batuk dengan atau tanpa kahak
 Sakit dada
 Tiada selera makan, tidak mahu makan
 Rasa tidak sihat, sering merengek
 Pernafasan laju atau susah bernafas
 Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
 berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.





Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)

Satu keadaan di mana  saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang berkekalan.

Ia terdiri daripada  bronkitis kronik dan emphysema.

Ia berpunca daripada  radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru. 

Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.

Kadar kejadian penyakit ini di kalangan  lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.

Tanda & Simptom termasuklah:
Sesak nafas
Batuk yang berpanjangan
Kahak yang berlebihan
Nafas berbunyi (wheezing)
Dada berasa ketat
Mudah penat semasa bersenam
Keletihan
Gangguan tidur
Pengurangan berat badan

KOMPLIKASI


Fizikal  
 Jangkitan paru-paru yang kerap
 Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)
 Lemah jantung
 Pengurangan berat badan

Psikologi
 Kemurungan dan keresahan
 Tekanan kepada penjaga

Sosial
 Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam
 Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal

RAWATAN

Rawatan Bukan Ubat-ubatan
 Berhenti merokok – dapatkan bantuan dari klinik berhenti merokok
 Rehabilitasi Paru-paru – sila rujuk seksyen rehabilitasi

Rawatan Ubat-ubatan
 Rawatan menggunakan alat sedutan (inhaler) adalah rawatan utama.
 Rawatan lain seperti pil dan penggunaan mesin nebulizer hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor
 Rawatan oksigen mungkin diperlukan untuk segelintir kes.
 Ubat antibiotik boleh digunakan dalam rawatan jangkitan paru-paru dengan nasihat doktor

Pencegahan
Berhenti Merokok - Terapi gantian nikotin mungkin boleh membantu Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru.

Rehabilitasi
Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan pegawai dietetik. Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian. Penilaian oleh pakar psikologi dan pegawai kebajikan perubatan boleh juga membantu untuk kes-kes tertentu.

Hemaglobin Pengikat Oksigen

Hemaglobin Pengikat Oksigen

Manusia merupakan makhluk aerobic, ertinya manusia memerlukan oksigen dari udara untuk menghasilkan tenaga dalam tubuhnya.   Oksigen ditangkap oleh darah untuk diedarkan ke seluruh tubuh.   Untuk itu, darah dalam tubuh juga harus cukup untuk menyeimbangkan memenuhi oksigen.   Bila tubuh kekurangan darah, bererti tubuhpun kekurangan oksigen.

Dalam darah terdapat protein hemoglobin yang berfungsi untuk mengikat oksigen dan membawanya ke seluruh tubuh.   Hemoglobin merupakan protein darah yang berfungsi sebagai lori pengangkut di mana oksigen adalah muatannya.   "Jadi kalau hemoglobinnya cukup, lori pengangkut cukup, dalam melakukan pekerjaan mungkin kita tidak ada masalah dengan fizikal.   Tetapi kalau hemoglobinnya kurang (anemia), mungkin ketika berlari sebentar sudah pengsan, "

Mengapa orang-orang yang tinggal di daerah yang tinggi jauh di atas paras laut boleh hidup sihat?   Padahal semakin tinggi suatu tempat maka oksigennya akan semakin "tipis".   Oksigen akan lebih banyak terdapat di ketinggian yang berhampiran dengan atas permukaan laut.   Satu kajian mendedahkan, orang-orang yang hidup di kawasan yang tinggi mempunyai hemoglobin yang lebih tinggi berbanding orang-orang yang tinggal di daerah rendah.

Kerjasama Jantung dan Paru-paru

Proses pernafasan sangat penting untuk melangsungkan hidup manusia. Oksigen masuk ke dalam tubuh bermula dari pernafasan. Proses ini yang membolehkan tubuh menyerap oksigen dan mengeluarkan Karbon dioksida.

Paru-paru mirip span yang terdiri daripada berjuta-juta gelembung kecil yang disebut alveoli (beg udara). Dinding gelembung yang tipis ini terdiri daripada pembuluh-pembuluh darah. Disinilah berlaku pertukaran karbon dioksida dan oksigen. Alveoli membuat darah bersinggungan dengan udara yang kita sedut sehingga oksigen boleh masuk kealiran darah dan karbon dioksida boleh keluar untuk dibuang pada saat kita melepas nafas.

Agar oksigen sampai ke tisu badan, jantung mengepam darah yang mengangkut oksigen dan kemudian oksigen dialirkan melalui sistem kardiovaskular (sistem pembuluh darah). Menurut Prof. Dr. Nukman Muluk, Sp. And, Guru Besar Andrologi dan Biologi Perubatan FKUI, jantung mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida.   Jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke rangkaian di seluruh tubuh.

Darah kotor yang telah kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida akan mengalir ke jantung melalui 2 vena besar (vena cava) menuju ke dalam atrium (serambi) kana,. Kemudian atrium kanan yang telah terisi darah akan mendorong darah ke dalam ventrikel (bilik) kanan. Dari sana, darah dipam ke paru-paru melalui injap pulmoner ke dalam arteri pulmonari.

Didalam paru-paru, darah akan mengalir melalui saluran yang sangat kecil (kapilari) untuk menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang kaya dengan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri, kemudian didorong ke dalam ventrikael kiri. Selanjutnya darah yang kaya dengan oksigen ini dipompakan melalui aorta, arteri terbesar dalam tubuh.

Bahan Bakar Tubuh

Gambaran keperluan tubuh terhadap oksigen tampak jelas ketika bersenam. Selesai bersenam, anda pasti merasa penat, otot-otot lemas, denyut nadi juga lebih cepat, tekanan darah naik, dan pernafasan termengah-mengah. Mengapa demikian? Menurut Dr. Hario, itu adalah reaksi badan supaya aliran darah dan oksigen tetap dipenuhi. "Kalau anda sedang bersenam dan oksigennya kurang, bererti otot kita tidak boleh bekerja dengan maksimum, akhirnya orang itu lemas dan kalau pada saat itu juga oksigen tidak mencapai ke otak akhirnya orang boleh pengsan," ujarnya.

Oksigen masuk ke dalam sel-sel tubuh sehingga terjadi proses pembakaran terhadap sari makanan yang kita cerna.   Hasilnya berupa Adenosin trifosfat (ATP).Jika tubuh memerlukan tenaga, sebuah fosfat akan dilepaskan sehingga menjadi adenosine difosfat (ADP), begitu seterusnya.

Ada beberapa sistem tenaga yang memerlukan oksigen, ada pula sistem tenaga yang tidak memerlukan oksigen. Sumber tenaga bagi aktiviti jangka pendek, yang tidak memerlukan oksigen, diambil dari ATP yang ada. Jika tubuh memerlukan tenaga lagi, maka cadangan karbohidrat dalam otot dan hati yang disebut glikogen akan dihuraikan kembali menjadi glukosa dan diubah menjadi ATP sehingga boleh menghasilkan tenaga. Tubuh akan letih jika glikogen berkurang.

Aktiviti yang berlangsung lama jelas memerlukan oksigen yang banyak, contohnya lari marathon, perlumbaan basikal jarak jauh, atau bola sepak. Untuk keperluan tenaganya, oksigen akan digunakan untuk menghuraikan asid lemak rantai panjang, protein dan glukosa untuk menghasilkan tenaga. Sistem ini disebut sistem tenaga oksidatif.

Tentu saja, kerja oksigen menghasilkan tenaga ini mendapatkan bantuan paru-paru dan jantung.

Seorang pelari boleh berlari selama 2 atau 3 jam terus-menerus, menunjukkan paru-paru dan jantungnya kuat sekali, boleh mengambil oksigen dan mengaedarkannya ke seluruh tubuh secara terus-menerus.
Itulah sebabnya agar selalu sihat dan bertenaga, kita harus melatih kemampuan aerobic dengan bersenam, bukan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress.

Terapi Oksigen Meremajakan Kulit Anda

TERAPI OKSIGEN REMAJAKAN KULIT ANDA OKSIGEN KURANG, PENYAKIT DATANG



“Hasil tes di Brisbane, menunjukan bahawa 70 persen orang awam menderita kekurangan oksigen “Jika Anda mudah sakit dan merasa letih terus menerus, mungkin Anda menduga makanan yang kurang vitamin dan mineral, gaya hidup tidak sihat, atau stres akibat pekerjaan sebagai penyebabnya. Anda mungkin tidak pernah berfikir kekurangan oksigen juga boleh menjadi penyebab utama.


Oksigen mempunyai peranan vital bagi tubuh manusia. Untuk mendapatkan energi, selain gula atau glukosa, tubuh kita memerlukan oksigen sebagai bahan bakar. Reaksi kimia antara gula dan oksigen akan menghasilkan Adenosine Tri Phosphate (ATP) yang disebut sebagai “ energi murni sel “.

Kekurangan oksigen akan menurunkan cadangan energi tubuh. Anda akan merasa mudah letih. Selain itu, kekurangan ATP akan mengganggu signal elektis dari otak ke otot sehingga membuat otot lelah.

Keberadaan glukosa yang tidak diimbangi oksigen yang cukup akan menciptakan keadaan anaerobic yang memperlemah sel dan membahayakan system kekebalan tubuh. Tak hairanlah, 

Anda pun mudah dijangkiti sakit. Keadaan anaerobic ini pula yang berpotensi meminculkan sel-sel tak normal, yang boleh berkembang menjadi kanser.

Pola makan yang buruk semakin memperparah keadaan kekurangan tubuh. Oksigen dipakai untuk menyeimbangkan keasidan tubuh (ph). Jika Anda suka makanan yang mengandung asam, misalnya minuman kola atau gula putih, oksigen akan banyak terpakai sehingga persediaannya tak cukup untuk memproduksi ATP.

Mungkin Anda merasa tidak pernah kekurangan oksigen. Setiap saat kita menghirup oksigen. Zat ini berkaitan dengan hampir semua elemen yang ada di alam . Air mengandung oksigen, sementara dua per tiga tubuh kita mengandung air. Begitu juga zat-zat dalam makanan. Jadi, bagaimana mungkin kita boleh kekurangan oksigen ?

Banyak orang tidak sedar tubuhnya kekurangan oksigen. Fakta ini terungkap dalam sebuah eksperimen di Brisbane, Australia, dengan menggunakan oksigen meter pada sekumpulan orang. Hasil test menunjukan bahwa 70 persen sekumpulan orang tersebut menderita kekurangan oksigen dalam berbagai tingkatan.

Solusinya ? Anda harus meningkatkan jumlah oksigen ke dalam tubuh selain rajin berolahraga dan menetapkan pola makan sihat. Sekadar informasi, dikota besar seperti Kuching,Sarawak setiap saat sistem kekebalan tubuh Anda diserang terus menerus oleh sekitar 70.000 jenis zat kimia dari persekitaran.

SIHAT DAN BERTENAGA BERKAT OKSIGEN

 "Jika otak tidak mendapat oksigen dalam jangka masa 4 minit akan berlaku kerosakan yang irreversible atau tidak boleh dipulihkan"

Oksigen sangat penting bagi manusia.   Elemen ini pemberi kehidupan bagi sel-sel tubuh sekaligus menjadi pembunuh bakteria anaerob yang berbahaya.Oksigen juga berfungsi sebagai pembersih tubuh dari polutan dan bahan kimia.

Kerana fungsinya yang begitu penting, kekurangan oksigen akan memberi kesan serius bagi kesihatan.   Organ-organ tubuh tidak akan dapat melakukan fungsinya dengan baik.   Otak misalnya, memerlukan oksigen terus menerus.   

Jika otak tidak mendapat oksigen dalam jangka masa 4 minit akan berlaku kerosakan yang irreversible atau tidak boleh dipulihkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...